No products in the cart.

Home / Resepi / Masakan / Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Share

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Resepi siput sedut masak lemak cili api

Masakan ini sangat popular di kalangan penggemar siput dan masa saya kecik-kecik dahulu saya suka makan siput.

harga ciput kedut ini cukup mahal biasanya saya beli di pasar RM5 dapatlah semangkuk kecil je. biasanya, saya masak gulai dan ada kala saya masak lemak cili api. tapi semuanya senang je kerana mudah dan cepat.

Siput sedut sebelum dibersihkan

bila saya malas masak siput biasanya saya beli di kedai tapi sebenarnya tak puas makan di kedai kerana tak boleh makan berulang-ulang. 😀 padahal saya sangat suka siput kedut ni dan anak-anak saya juga menggemari siput kedut.

Siput sedut yang telah dibersihkan

Bahan-Bahan

  • 1 kg siput kedut – rendam sekejap dengan air garam, buang ekor dan cuci bersih kemudian toskan
  • 10 – 15 biji cili padi – kisar halus
  • 2 inci kunyit hidup – kisar halus
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 inci halia – kisar halus
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 kotak santan
  • 3 ulas bawang putih – kisar halus
  • 5 ulas bawang merah – kisar halus
  • 2 ikat pucuk ubi

Cara Membuat Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

1. mula-mula pucuk ubi diambil bahagian pucuk daun yang lembut kemudian rebus hingga lembut dan toskan.

2. panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukan santan bersama siput, dan serai.

3. masak pada api sederhana sambil terus dikacau perlahan. kemudian masukan pucuk ubi dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya

4. akhir sekali, masak hingga kuah mendidih dan pekat dan bila sudah Oke boleh matika api dan siap dihidangkan.

resepi siput kedut masak lemak cili api ni sangat sedap bila dimakan bersama dengan sambal belacan dan nasi panas-panas. okay, sampai jumpa lagi di resepi sedap berikutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *