No products in the cart.

Home / Resepi / Masakan / Resepi Tom Yum Ala Thai

Resepi Tom Yum Ala Thai

Share

Resepi Tom Yum Ala Thai

Menjadi satu kewajipan bukan sahaja masyarakat di Thailand tetapi telah menjadi menu masakan yang wajib tahu sebagai orang Malaysia juga, iaitu masakan tom yum.

 

 

Bahan – Bahan : (Untuk 4 orang makan)

Bahan A – Kisar

  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

Bahan B

  • 1/4 ekor ayam – potong kecil2
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 sudu perencah tomyam – saya guna sudu ikea
  • Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower je
  • 4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 cm halia – diketuk
  • 1 cm lengkuas – diketuk
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu susu pekat
  • 1 biji limau kasturi
  • air – saya guna 2 bekas shaker shaklee tu je, lebih kurang 1L
  • garam & gula

Cara – Cara :

  1. Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
  3. Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
  4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
  5. Siap untuk dimakan.

Tips :

Masukkan tomato ketika mendidih yang terakhir, biar untuk beberapa saat sahaja. Kalau lama sangat nanti tomato akan hancur dan lembik.

Jangka masa untuk masak tomyam ni lebih kurang dalam 15 minit je. Memang jimat masa dan tenaga. Semua benda ada dalam 1 mangkuk. Masak nasi lagi lama daripada masak tomyam.hehee.

Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *